THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, November 29, 2011

Back to the old love...

bukan perancangan aku,
memang keinginan aku,
 pada hari itu, aku berjalan bersama rakan ku Mary di waterfront..
tiba2 aku cabar diri sendiri utk mengajak cinta lama ku bertemu di waterfront,
walaupun selama ini aku beritahu semua org aku mmg benci dengan dia..
tapi kehendak hati bukan kita yang tentukan..
dia pun sudi bertemu.. 

ketika bertemu, x sangka dia mengungkit hal 
yang saya meninggalkan dia dulu..
dia bertanya dimana tunang aku kerana aku memberitahu dia 
yang aku sudah bertunang
semata-mata ingin mengelak dari dia..
sengaja ku menukar topik agar dia tak menyentuh 
tentang pertunangan palsu aku..
dia bagitau yang dia x percaya semua itu, 
kalau dia tahu aku menipu dia, dia mesti marah dengan aku...


setelah lama ku menahan, aku berterus terang yang aku x bertunang..
dia bertenang.. 
dia tahu yang aku menipu selama ini..
yang ku mampu lakukan hanya mengelak bertentangan mata..
dia menceritakan semua kisah ketika kami masih bersama..
bukan aku x ingat, cuma jika aku ingat akan semua itu,
entah apa harus aku katakan...


ketika berjalan sambil mendengar dia berkata2,
tanpa ku sedar, kaki ku mengorak langkah pantas jauh dari dia.. 
sehinggakan aku terlupa Mary ada bersama kami ketika itu... 


x tertahan perasaan, air mata aku mengalir 
kerana rasa bersalah aku yang buruk prasangka terhadap dia...
 kerana cemburu, hubungan kami putus di pertengahan jalan..
ego aku naik.. 
aku suruh dia pergi.. tapi dia x mahu..
 aku memutuskan untuk pergi bersama Mary.. 
dia masih berada di sana melihat kami berdua pergi... xlama kemudian, dia melangkah..

ketika melihat dia melangkah pergi 
bagai melihat sesuatu kehilangan pada diri aku..
 lantas dengan sms, aku berterus terang dengan nya bahawa selama ini aku masih ada perasaan terhadapnya, x boleh kehilangannya.. 
cuma perasaan bersalah yang menghalang aku.. 
Mary cakap,'' kalau ko suka nya, terus terang jak ngan nya'' 
aku xtau nak buat macamana... 


----bersambung---

0 comments: