THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, November 30, 2011

Andai Ada Jodoh...

‘Ding! Dong!’ Erna berlari ke arah pintu lalu membukanya. Kelihatan sebuah tubuh kecil yang basah kuyup berdiri di hadapan pintunya.

“Kenapa dengan awak?! Mari masuk ke dalam. Nanti awak sakit.” Pelawa Erna kepada tubuh kecil itu.

“Apa yang terjadi dengan awak, Gina? Apa yang terjadi?” “cuba awak ceritakan dengan saya.” Desak Erna. Desakan Erna untuk membuat Gina membuka mulutnya gagal sama sekali.

“takpe la. Malam ni awak tidur di sini.” Kata Erna lalu menyerahkan tuala kepada Gina.
 Erna kian kehairanan melihat keadaan Gina seperti dalam keadaan trauma. Erna nekad untuk bertanya kepada Gina keesokkan harinya tentang apa yang telah terjadi kepada diri Gina.

Gina duduk termenung disisi jendela seperti ada sesuatu yang sedang menyelubungi dirinya. Gina cuba untuk melelapkan matanya tetapi kebingungan telah menguasai dirinya sehingga seketika matanya terlelap dengan sendirinya.

****
“selamat pagi, Gina.” Namun Erna hanya mendapat senyuman tipis dari Gina. Gina mencapai gelas berisi susu. Erna cuba untuk mencungkil segala rahsia yang tersirat di hati Gina.

“Gina, kalau awak ada masalah, awak bagitau la saya. Mungkin saya boleh bantu.”
Gina hanya menggelengkan kepala cuba untuk menyembunyikan segala kerunsingan di hatinya.

“Gina, saya dah kenal awak lama. Sejak kita sekolah rendah lagi. Saya tahu awak ada sesuatu di hati keras awak tu.”

Untuk seketika, Gina menangis dan Erna hanya mampu melihat.
“takpe la, saya nak pergi keja. Hari ni ada meeting. Terima kasih Erna sebab benarkan saya bermalam di sini.”

“sama-sama. Takpe la kalau awak tak nak bagitau. Tapi tak payah la awak pegi keja hari ni.”

“takpe Erna. Saya tak apa-apa.” Gina terus meninggalkan Erna dengan penuh tanda tanya.

****

Tuesday, November 29, 2011

Back to the old love...

bukan perancangan aku,
memang keinginan aku,
 pada hari itu, aku berjalan bersama rakan ku Mary di waterfront..
tiba2 aku cabar diri sendiri utk mengajak cinta lama ku bertemu di waterfront,
walaupun selama ini aku beritahu semua org aku mmg benci dengan dia..
tapi kehendak hati bukan kita yang tentukan..
dia pun sudi bertemu.. 

ketika bertemu, x sangka dia mengungkit hal 
yang saya meninggalkan dia dulu..
dia bertanya dimana tunang aku kerana aku memberitahu dia 
yang aku sudah bertunang
semata-mata ingin mengelak dari dia..
sengaja ku menukar topik agar dia tak menyentuh 
tentang pertunangan palsu aku..
dia bagitau yang dia x percaya semua itu, 
kalau dia tahu aku menipu dia, dia mesti marah dengan aku...


setelah lama ku menahan, aku berterus terang yang aku x bertunang..
dia bertenang.. 
dia tahu yang aku menipu selama ini..
yang ku mampu lakukan hanya mengelak bertentangan mata..
dia menceritakan semua kisah ketika kami masih bersama..
bukan aku x ingat, cuma jika aku ingat akan semua itu,
entah apa harus aku katakan...


ketika berjalan sambil mendengar dia berkata2,
tanpa ku sedar, kaki ku mengorak langkah pantas jauh dari dia.. 
sehinggakan aku terlupa Mary ada bersama kami ketika itu... 


x tertahan perasaan, air mata aku mengalir 
kerana rasa bersalah aku yang buruk prasangka terhadap dia...
 kerana cemburu, hubungan kami putus di pertengahan jalan..
ego aku naik.. 
aku suruh dia pergi.. tapi dia x mahu..
 aku memutuskan untuk pergi bersama Mary.. 
dia masih berada di sana melihat kami berdua pergi... xlama kemudian, dia melangkah..

ketika melihat dia melangkah pergi 
bagai melihat sesuatu kehilangan pada diri aku..
 lantas dengan sms, aku berterus terang dengan nya bahawa selama ini aku masih ada perasaan terhadapnya, x boleh kehilangannya.. 
cuma perasaan bersalah yang menghalang aku.. 
Mary cakap,'' kalau ko suka nya, terus terang jak ngan nya'' 
aku xtau nak buat macamana... 


----bersambung---

special blog....

ada sigek blog ya nang kamek suka baca...
http://veekyleonora.blogspot.com/
 kamek nang suggest kitak org baca blog tok terutamanya yang berketurusan sea dayak...

Wednesday, November 23, 2011

Stranger



saya mencintai seorang rakan fb yang kini teman saya.. kami berdua tidak ingin untuk menjalinkan hubungan yang serius tetapi untuk mengubati hati masing2 yang terluka (xkan sampai buat benda bodoh ok).. meski x pernah bertemu, kami berusaha untuk mengisi kekosongan di hati.. kami berjanji xkan terlalu serius tetapi jika Tuhan mengizinkan, apa salah nya...