THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 1, 2012

Andai Ada Jodoh... cont

“Eh Gina. Lelaki tu bukan Aaron ke?”
Gina memandang ke arah lelaki tersebut namun seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
“Sapa perempuan tu?” tanya Qila bertalu-talu. Namun Gina masih lagi tidak menjawab pertanya Qila dan terus berlalu pergi.
Malam yang sama, Gina bertanya hal itu kepada Aaron. Walaupun pada awalnya Aaron menafikannya tetapi kemudian mengakunya bahawa perempuan tersebut ialah bakal tunangnya.
Dengan hati bagai serpihan kaca yang hancur berderai, Gina berlari meninggalkan Aaron berdiri dalam hujan. Gina bagaikan tak percaya bahawa lelaki yang dia cintai kini telah menipu dirinya, telah menyakiti dirinya.
Aaron hanya mampu melihat Gina berlalu pergi.
****
“ Cik! Cik Gina!” “Cik Gina nak apa-apa sebelum saya balik ke?”
Buat sebentar, Gina tersedar dari lamunan jauhnya itu.
“Takpe la Nina. Awak baliklah. Saya masih ada kerja sedikit nak diselesaikan.”
“baiklah, Cik Gina” kata Nina, setiausaha Gina.
****
Kedengaran bunyi hempasan ombak memukul pantai yang disinari cahaya bulan. Tiupan bayu yang begitu segar.
Kelihatan seseorang duduk mengenang nasib dirinya. Air mata yang selama ini tidak pernah mengalir telah pun mengalir. Sang gadis sudah tidak mampu menahan keperitan di hatinya. Seperti ingin sahaja sang gadis menjerit sepuas-puasnya tetapi sukar untuk diluahkan.
Andaikan ombak mampu membawa pergi kesakitan sang gadis. Andaikan bayu pergi bersama keperitannya. Andaikan sinaran bulan mampu mengembalikan kegembiraannya.
***
‘Bip!’ “hello Gina. Erna ni. Sabtu ni hari jadi saya. Awak datang la ke rumah ye. Semua kawan kita saya dah jemput. Awak saja yang belum beri kata putus. Okey… datang tau.”
Fikiran Gina yang melayang terhenti sebentar setelah mendengar pesanan dari mesin pesanan suara. Berat hati Gina untuk menolak jemputan itu tapi Erna adalah sahabat baiknya dari bangku sekolah lagi.
***