Satu perasaan
Yang ingin aku kongsikan bersamamu... ...
Dalam susah, senang, suka, duka,
Sehingga mati yang memisahkan kita... ...
Pabila terbitnya matahari,
Ku terbayang wajahmu,
Yang tak pernah ada sedih,
Sentiasa menyerikan hidup orang tersayang... ...
Senyuman manismu
Tak pernah hilang dari ingatanku,
Yang sentiasa menjadi mainan mimpi tidurku... ...
Bukan paras, mahupun harta
Yang ku lihat pada dirimu... ...
Tetapi caramu, tingkahmu
Yang sentiasa membuatkan ku senang,
Gembira bersamamu... ...
Setiap hari,
Aku menunggu masa itu tiba,
Masa pabila aku dapat bertemu,
Bersua denganmu... ...
Biarpun hanya seketika,
Sesaat pun akan ku hargai, ingati... ...
Akan ku simpan bagai emas belian,
Akan ku kenang hingga ke akhir hayat... ...
Namun begitu,
Ini adalah satu perasaan yang rumit,
Satu perasaan yang tak dapat ku kongsikan... ...
Bukan kerana malu,
Bukan kerana pihak ketiga,
Tapi kerana aku tak mahu dirimu jauh,
Jauh dariku, hilang dari jalinan persahabatan... ...
Inginku luahkan padamu,
Tapi perasaan takut kehilanganmu itu,
membuat lidahku aku... ...
Aku tetap gembira,
Aku tetap bahagia,
Seandainya dirimu juga bahagia... ...
Biarpun bukan bersamaku,
Asal kamu dapat bersama orang yang kamu cintai, sayangi... ...
Cukuplah biar hanya Tuhan yang tahu,
Tahu bagaimana perasaan ku terhadapmu... ...
Hanya inilah yang paling ikhlas,
Yang dapat ku berikan kepada mu... ...
Andai Tuhan mengizinkan... ...
. . . . . . LoVe <3 CinTa . . . . . . .
0 comments:
Post a Comment